Monday, June 05, 2006

BOLEHKAH ORG. ASIA ADA HAK ASASI?

Minggu lepas, aku dihujani persoalan mengenai hak asasi secara bertubi-tubi di dalam suatu sesi dialog bersama pelajar Sosiologi Universiti Islam Antarabangsa. Semenjak aku tamat pengajian di UM, belum pernah aku menghadiri suatu diskusi ilmu yang rancak sebegini. Baru aku terangkan satu perkara, dua tiga tangan pantas diangkat dengan soalan-soalan "maut" yang amat aku alu-alukan. Aku cuba menjawab sebaik mungkin bukan demi menjawab soalan yang diajukan. Aku berharap jawapan aku itu dapat membuahkan perspektif lain seterusnya membuka pula perbincangan lain di dalam kampus. Kata orang kejumudan mahasiswa sekarang sudah mencapai satu klimaks yang menakutkan.

Dalam banyak soalan yang diajukan, satu soalan menambat jiwa aku. Seorang gadis comel bertudung hitam bertanya kepada aku soalan berikut;

"In the light of our country`s diversity, how do you deal with rights issues that are considered sensitive in our society. Lets say a transexual approach you and seek your help, would you help him/her?"
Dari belakang pula, seorang lagi gadis menyampuk, "Yeah, I mean how do you view human rights in the light of Asian values?"

Soalan dua orang generasi harapan bangsa ini menambat hati aku kerana ia mewakili persoalan asas yang membebankan pemikiran ahli falsafah mahpun aktivis hak asasi sejak dahulu lagi. Soalan pertama itu aku jawab dengan tegas bahawa aku pasti akan membantu diiringi dengan pandangan bahawa jangan dipandang siapa yang memohon pertolongan tetapi apakah bentuk pertolongan yang dipohon. Jika seorang ahli politik datang memohon aku membersihkan namanya dari rasuah agar kedudukannya tidak tergugat, nilai dirinya lebih rendah daripada seorang transeksual yang memohon agar aku mengerti masalah dirinya. Manusia menilai kredibiliti manusia lain berlandaskan perkara tempelen seperti penampilan, kekayaan mahupun pengaruh. Perkara atau individu yang aneh dan luar biasa pantas dianggap negatif mahupun buruk. Ini semua adalah benih ethnocentrism, sebenarnya.

Soalan kedua, aku katakan hujah nilai Asia itu adalah hujah Lee Kuan Yew dan Dr.M. Nilai Asia ini merupakan satu set nilai yang dipopularkan oleh pemimpin di rantau Asia Tenggara pada tahun 90-an bagi menolak nilai hak asasi yang dikatakan kebaratan. Krisis ekonomi pada tahun 1997 dan kejatuhan rejim Soeharto mencabar konsep nilai Asia yang dialung-laungkan oleh Dr.M dan Lee Kuan Yew itu. Kebangkitan rakyat, satu fenomena yang sukar dilihat di rantau Asia Tenggara menafikan teori diktator-diktator ini bahawa konsep hak asasi individu bukanlah cara rakyat Asia Tenggara kerana masyarakat rantau ini sarat dengan budaya serta kepercayaan masyarakat kolektif. (Lee Kuan Yew sering menyebut mengenai Confucius sebagai contoh tokoh yang mengutamakan negara sebelum diri sendiri). Persoalan yang perlu kita fikirkan, tidak kiralah ahli akademik, guru sekolah, remaja hedonis mahupun tukang kebun adalah apakah pula nilai Asia itu? Adakah nilai Asia pula menyatakan bahawa orang Asia tidak boleh mempunyai hak asasi? Ataupun, benarlah pandangan Amartya Sen,

"The championing of Asian values is often associated with the need to resist Western hegemony. The linkage of the two issues, which has increasingly occurred in recent years, uses the political force of anticolonialism to buttress the assault on civil and political rights in post-colonial Asia. This linkage, though quite artificial, can be rhetorically quite effective. Thus Lee Kuan Yew has emphasized the special nature of Asian values, and has made powerful use of the general case for resisting Western hegemony to bolster the argument for Asian particularism".

Untuk pandangan yang mungkin sedikit berbeza, rujuk artikel ini.

Dari sudut yang lain pula, kesejagatan hak asasi bukanlah satu isu yang boleh dilunaskan esok. Teori Relativisme Budaya umpamanya adalah satu lagi bahagian penting dalam perdebatan hak asasi-vs-nilai Asia ini. Teori ini lahir sebagai satu bentuk maklumbalas kepada etnocentrism Barat iaitu menolak tuntutan kebudayaan Barat ke atas konsep kesejagatan, dalam konteks ini, kesejagatan hak asasi manusia. Justeru, teori ini turut menjadi satu alat bukan sahaja untuk memahami perbezaan kebudayaan bahkan mengkritik kebudayaan lain. Isu hak minoriti seperti hak Orang Asli, transeksual mahupun minoriti seksual kadang kala menjadi korban teori ini kerana ia digunakan untuk mengusir pengiktirafan terhadap golongan yang mungkin berbeza daripada masyarakat setempat berbanding menggunakan teori ini sebagai satu kaedah untuk memahami golongan yang berbeza ini.

Berbalik kepada soalan dua gadis generasi harapan bangsa sebentar tadi, aku menjawab bahawa melihat hak asasi manusia dalam konteks nilai Asia mahupun nilai Barat hanya akan memecah belahkan dunia yang sudahpun kusut dengan prejudis dan ketamakkan kuasa besar. Tiada kewarganegaraan, sempadan negara, blok benua mahupun strata kuasa yang perlu mengiktiraf kebebasan rakyat Asia. Aku menolak kenyataan Nilai Asia dendangan diktator terulung Asia sebagai bermotifkan kepentingan politik serta sebagai usaha menjustifikasi penindasan hak asasi yang dilakukan di negara masing-masing. Senang cerita, sepertimana dialog Susan Lancaster dalam "Mekanik" kepada Azmil Mustafa mengenai warna kulit bukan penentu rakyat Malaysia, maka aku juga berkata Orang Eropah ke, Orang Afrika ke, Orang Asia ke, semuanya ada hak asasi!



5 Comments:

Blogger anakabah said...

tell 'em, gee!

my approach would be different though. i'd lift up my middle finger and tell em to finger themselves as they dream of Mawi or Dr Fazli (Fadzle? Fadzley? wtf??).

really good essay!

3:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

gee, it's gcs here.
very well written indeed!
:)

4:40 PM  
Blogger GEE said...

Awww....
thanks u guys. it means alot coz these are the issues that i dealt with everyday, in my work. so I really appreciate the comments.

Mike-its Dr.Fadzley.. :)

5:03 PM  
Blogger TukangRasa said...

I'm...i'm speechless! walden bello protegee la ni? muahaha

11:00 AM  
Blogger GEE said...

hi switters a.k.a Chomsky Protegee,

Waldon Bello? Nah...I am Salbiah Ahmad `s protegee..hehehehe (kidding!)

i just say what i have to say, dude, that`s all! ;)

12:42 PM  

Post a Comment

<< Home