Wednesday, June 07, 2006

Budaya Pop 6.6.6

Hari ini jangan cuba berlagak berani dan masuk ke dalam kandang singa. Takut-takut nanti bala 6.6.06 menimpa anda. Ya, hari ini adalah 6.6.06. Nombor 6 sebaris ini sering sahaja dikaitkan dengan kejahatan, syaitan dan unsur-unsur mistik di dalam ajaran Kristianiti. Selain filem kultus "remake" -The Omen yang ditayangkan serentak di seluruh dunia pada hari ini, kita juga ada papan roulette yang sekiranya semua nombornya dicampur menghasilkan nombor 666, ataupun filem seram Gred-B "Route 666", kisah lebuhraya berhantu di Amerika lakonan Lou Diamond Phillips. Walaupun 666 itu dianggap nombor sial, ia adalah nombor yang dianggap bertuah di China (Nombor 4 yang sialnya kerana sebutannya sama dengan perkataan "mati"). Oh, Slayer juga mahu mengaut keuntungan dari populariti 666 ini.

Kepada peminat genre metal pula, pastilah hari ini hari anda untuk berpesta memandangkan besarnya pengaruh 666 di dalam lagu-lagu metal.Geng-geng metal di KL, berhati-hati dengan aktiviti anda. Kambing hitam itu kalau boleh, sorokkan dari pandangan pihak berkuasa. ;)

Senang cerita, nombor ini dianggap anti-kristianiti kerana diulang beberapa kali di dalam Book of Revelation dan The New Testament sebagai "number of the beast".

"Also it causes all, both small and great, both rich and poor, both free and slave, to be marked on the right hand or the forehead, so that no one can buy or sell who does not have the mark, that is, the name of the beast or the number of his name. This calls for wisdom: let anyone with the understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a person. Its number is six hundred and sixty-six."

(Sila periksa tangan kanan anda mahupun dahi anda sekarang dan saya serius menyuruh anda berbuat demikian.)

Apa yang kita kurang faham adalah 666 lahir berkurun abad yang lalu daripada ajaran paganisme Babylon. Orang Babylon, yang ketika itu menyembah matahari, bulan dan planet lain di dalam sistem solar mempunyai 37 tuhan dan salah satu dari 37 tuhan ini adalah tuhan yang plaing berkuasa iaitu tuhan matahari. Kerana mempercayai kuasa luar biasa nombor, maka orang Babylon pun mewakili tuhan mereka dengan nombor 1-36 mengikut strata kuasa. Sekiranya dicampurkan nombor 1-36 itu, sepertimana papan roulette tadi, ia menghasilkan 666. Kerana serangan Medes dan Persian, orang alim Babylon telah melarikan diri ke Mesir dan membawa ajaran mereka bersama. Apabila Roman menyerang empayar Atalid, mereka ini berpindah ke Rom pula. Tidak perlu aku menceritakan dengan lebih panjang. Apa yang nyata, apabila Kristian bertapak kukuh di Rom, maka berlakulah proses asimilasi yaitu gereja-gereja di Rom menyerap amalan setempat sebagai satu cara untuk melebarluaskan pengaruhnya dan ini termasuklah ajaran paganisme. Isu 666 itu tampil di dalam "Book of Revelation" dan "New Testamant" sebagai satu cara untuk gereja-gereja menghapuskan pengaruh tuhan pagan yang masih kental di kalangan masyarakat. Tidak hairanlah, 666 menjadi simbol kuasa jahat. Jahat pada intepretasi gereja lah. Tidaklah jahat sangat. Banyak versi asal-usul 666 ini jadi kalau rajin, bacalah di sini, sini dan sini. Mungkin serba sedikit tentang asimilasi paganisme di dalam agama Kristian boleh dibaca daripada teks ini.

Aku pula memang suka nombor 6. Aku lahir pada 6 Mac. Pada hari Selasa. Jersi bola baling aku bernombor 6. Jadi, kalau diikutkan, hari ini adalah hari bertuah aku, bukan sebaliknya. :)





3 Comments:

Blogger anakabah said...

semasa saya masih kecil saya sering diberitahu yang kitab suci Al-Quran mengandungi 6666 patah perkataan. sebenarnya, tak sampai. bak kata one of my born-again-Muslim-then-born-again-skeptic: "camna nak kata dia betul, KIRA pun tak betul!!"

so anyway, tukang kaji Bible have found out one more thing: there'll be a nuclear terrorist attack on the UN building in NYC on June 9 or 10. that's NEXT WEEK!!!

read about it here:

Link

12:17 PM  
Blogger GEE said...

hi Mikon,
bacaan-bacaan tentang serangan terrorist ini sepertimana serangan 911 sangat dipegang oleh penganut kristian konservatif. Intepretasi injil ini juga ada hubungkaitnya dengan kebangkitan new-con di U.S. Saya pernah terfikir bahawa adakah intepretasi atau kajian kitab sebegini melahirkan produk terrorisme olok-olok atas tujuan meluaskan hegemoni kuasa besar? Saya tidak menafikan kebangkitan fundamentalis Islam cuma saya mengandaikan sahaja kemungkinan ini. Sepertimana kata Chomsky, Bush menuduh Islam sebagai agama fundamentalis sedangkan sebenarnya kebangkitan fundamentalis agama yang paling rancak berlaku di Amerika.

chow dulu, hope ur kitchen is done by now!

2:07 PM  
Blogger Gallivanter said...

I'm born on the 6th December and my name is Daniel, or is it Damien....haha!

2:21 PM  

Post a Comment

<< Home