Wednesday, May 10, 2006

LAAAAGI PASAL MINYAK...

Hari ini, aku nak tulis dalam bahasa Melayu lar. jeles aku tengok respon yang org. kasi kat semusim di neraka. Tapi, rojak lar nooo, sebab aku sebenarnyer selesa dalam bahasa Inggeris (walaupun grammar tunggang langgang!). IKLAN SEKEJAP-Bagi peminat cerita kambing betina malang di Bachok atau penyelidik misteri keinginan manusia, NSTP online ada cerita susulan di sini. Kalau korang ahli kultus UFO/Big Foot/Bunian, UFO ada melawat Penang minggu lepas.

Tapi salah seorang rakan maya aku telah berkongsi berita mengenai kes pemandu teksi di Pulau Pinang (lagi). Aku turunkan berita keseluruhannya di sini.

***********************************************

News Straits Time

May 9 2006

High fuel costs driving Penang cabbies to Ah Longs

PENANG: As many as 1,200 taxi drivers in the state are going to Ah Longs to make ends meet because of rising fuel costs.

The number represents 80% of the 1,500-odd members of the Federation of Penang Taxi Drivers Associations.

Abdul Malek Darus, a committee member of the federation, which represents 11 taxi drivers associations in Penang, said their daily takings had dropped drastically since the fuel price increase.

“Previously, we used to get RM50 to RM60 a day – and even up to RM80 on a good day – compared with RM30 to RM40 now,” he said.

“We are now forced to work at least 12 hours each day to earn enough to cover the daily rental of RM30 to RM35.

“The bulk of our members resort to borrowing from loan sharks when their taxis break down or to renew their insurance,” he said when contacted yesterday.

Abdul Malek said if they had a choice, none of them would want to have anything to do with Ah Longs.

“Those who borrowed RM1,000 will have to pay the loan sharks RM20 daily for 62 consecutive days. The interest charged is an exorbitant 12% a month.

“There had been a few incidents of our members being roughed up by loan shark runners for failing to settle their loans,” he said.

Abdul Malek said with only 30% of locals using taxis, their livelihood depended largely on tourists.

State police chief Deputy Comm Datuk Christopher Wan said loan sharks flourished in the state because people kept borrowing from them despite the high interest rates.

“The public must be willing to make a police report and become witnesses so that action can be taken against the loan sharks,” he said.

DCP Wan said the police were aware of the high-handed tactics, which included beatings and torture, carried out by loan sharks to recover loans.

***********************************

Banyak sebenarnya isu yang timbul daripada berita ni. Pertama, isu harga minyak, pernah aku huraikan di dalam blog bulan lepas. Kedua, salahkah tindakan pemandu teksi meminjam daripada ah long ni? Kalau tak pinjam, macamana nak menampung bajet kehidupan yang makin tinggi? Salah ke ah long sebab menawarkan "bantuan" atau dalam ayat yang lebih sadis, memanipulasi keadaan demi kepentingan poket mereka? ( Klausa kekecualian: Aku tidak pernah menyokong mahupun meminjam daripada mana-mana ah long selama aku bernafas, okay?)

Rakan maya aku tuh banyak menyerang golongan pemandu teksi lar. Aku tak nafikan jugak. Kalau diaorg beri serbis terbaik kepada penumpang, tak banyak songeh dan tidak memilih masa mengambil penumpang, mungkin ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Mungkin diaorg takkan menyalahkan kenaikan harga minyak semata-mata tetapi melihat diri di dalam cermin dan bertanya "Apa yang aku buat untuk ubah nasib aku".

Semalam aku keluar berlibur dengan rakan wanita aku. Kami menaiki teksi dari Taman Jaya ke LRT Universiti. Saja taknak naik lrt, nak membantu golongan pemnadu teksi. Aku bertanyakan hal ini kepada pemandu teksi. Pemandu teksi India, berusia setengah abad itu sekadar mendengus dan berkata, "Itu saya tidak mahu campur, saya nak cari makan juga,". Simplistik tapi realiti sebenar situasi ini. Dia terus menyambung, "I tau u nak marah ini teksi drivers saja, tapi u tau ka, itu union ka, itu persatuan ka, itu company ka, takda jaga ini org (re: the taxi drivers) punya welfare. Itu teksi driver sana punya, bukan saya la ( ceh, sempat membela diri),sudah give up, teksi kena maintain sendiri, minyak isi sendiri, abis la dey.."

"Cari lar kerja lain," Rakan aku, Mar, yang agak (?) snobbish menyampuk. Pemandu teksi ketawa. "Saya sudah puluh kali pegi interview, itu anak saya juga ambil engineering, takde kerja dey...itu kerajaan panggil org Filipina, Indonesia, Thailand kirja sebab bole bayar murah, mana mau cari makan ini org sendiri?"

Mar, peguam yang lantang di mahkamah terdiam. Mungkin memikirkan betapa bertuahnya teman lelaki beliau, seorang akauntan dari Arab Saudi, bekerja di sini. Pikir, Mar, pikir.

So, apa opsyen yang mereka ada? Tukar kerja? berdemonstrasi? Ubah cara bekerja biar "gemilang dan terbilang"? Adakah dengan mengubah cara bekerja mereka sahaja, maka seluruh sistem perteksian (istilah baru yang tidak di-endorse DBP) akan berubah. Sepertimana ekosistem, cacing dimakan ikan kecil dan lemah, kemudian dibaham pula oleh ikan besar, begitu jugalah masalah ini. Syarikat teksi yang meraih keuntungan perlu juga dipertanggungjawabkan- ada syarikat jaga kebajikan pemandu? buat appraisal untuk pastikan pemandu berkualiti? telus dalam membahagi keuntungan? Pihak yang bagi permit teksi, adakah telus dalam pemberian permit? Ada tak berlaku rundingan bawah meja? Si pemandu-pemandu yang mengeluh kesah, cukupkah sekadar mengeluh dan berserah nasib pada keadaan ATAU cara korang bekerja dan berkhidmat tu kena adjust seada-adanya.

Macam kata rakan maya aku tu, government screws the taxi companies, taxi companies screw the cabbies, cabbies screw us and we screw each other! Sebuah strategi penindasan yang sistematik setua usia dunia!







4 Comments:

Blogger anakabah said...

saya sebenarnya agak bersetuju dgn kat kawan kamu (the screw screw screw part). permasalahan teksi ni bukan baru, dah lama dah kerajaan masih belum menyelesaikan pertelingkahan/permasalahan/persoalan teksi negara dan isu kenaikan minyak telah menonjolkan semula si pandora yg selama ini dok duduk diam (well, taklah diam sgt) dlm kotaknya.
ini kes tipikal konsep natural selection. evolusi darwinian. spesies lemah yg tak dapat bertahan terpaksa membiarkan dirinya mati dan diambilalih oleh spesis yg lain.
teksi2 kat sini pun bukannya betul sgt pun. i dont drive so i take cabs all the time. sekali sekala je boleh jumpa pemandu teksi yg sincere.
the rest of them? oh well..kalau tak sexist bastards or shallow social critics, they'll spike up the fare suka hati.
(p/s: ini pendapat Mikon yg belum mandi. boleh jadi berubah selepas dia mandi hehe)

10:33 AM  
Blogger GEE said...

Mike,

adakah ruang komen ini untuk ANDA sahaja, mana kawan saya yg lain yg selalu kata "hah, gee tulislah, kitaorg nak baca, " tetapi dengan hampeh-nyer tidak pernah meninggalkan komen? Adakah mereka masih kawan saya? ;-)

Kepada rakan maya yang membaca post ini, you must be grinning non-stop reading this.

setiap org yg naik teksi mesti come up with some negative comments about their ride.including me.

so, mandilah wahai mike...apalah agaknya perubahan ide anda selepas badan berbau wangi? ;-)

11:22 AM  
Blogger anakabah said...

in defense of Mikon the seemingly blog stalker:

Gee, i subscribe yr RSS feeds. that means everytime you ada update i will know and i will read them in my newsreader.

kalau yr topic is close to my heart (in terms of my political compass and sensitivity [no, i am not gay]) i will click on the link and leave a comment.

i do that to all the other blogs i stalk, err i mean, read.

okay, gotta do me laundry.

1:03 PM  
Blogger GEE said...

Mike,

hahahaha...u dun huv to defend urself...that was for my friend to ponder. Maybe that is the next thing they shuld do, have the RSS Feed thingy...

so, after bathe, u think ur a stalker...very imaginative, i might say!

1:53 PM  

Post a Comment

<< Home