Wednesday, June 14, 2006

AKU, BLAIR & HOLOCAUST


~Nama mereka yang terkorban diabdikan di dinding ini manakala abu mangsa holacaust di letakkan di dalam sebuah bekas di tengah bilik ini~

Sebuah artikel di Guardian mengenai semangat pro-Israel Britain mengingatkan aku kepada kenangan aku bersama seorang rakan dari Jordan yang melawat Le Centre Commêmoratif de l'Holocauste di Montreal, Kanada beberapa tahun yang lalu. Kami sebenarnya "dipaksa" melawat Muzium tersebut bagi mendekatkan diri kami kepada sejarah dunia yang menyumbang kepada gerakan hak asasi manusia pasca-Perang Dunia Kedua. Aku suka menziarahi muzium. Ke mana sahaja tempat atau negara yang aku lawati, selain makanan, panggung wayang, persembahan muzik dan pasar tani penduduk tempatan, aku akan mencari muzium. Kadang-kadang berjam-jam aku duduk di dalam muzium tersebut, mengamati setiap gambar dan barang yang di pamerkan. Dalam masa yang terhad itu, aku akan cuba menghayati dan menghadam sejarah lampau negara tersebut terutamanya dari aspek seni dan kebudayaan. Cuma, kali ini, lawatan akan menjadi sedikit berbeza kerana Le Centre Commêmoratif de l'Holocauste memfokus kepada kejadian "holocaust" semata-mata. Rakan Jordan aku itu amat beria-ria untuk melawat muzium tersebut. Tidak hairanlah kerana beliau bekerja di kawasan kritikal Tebing Barat, justeru amat sensitif mengenai konflik Palestin-Israel. Tidak silap aku, pernah juga terlibat sedikit sebanyak dengan Parti Wafd di sana. Kain petak merah putih yang sering dipakai pejuang pembebasan Palestin melilit kemas tengkuknya. "Ah, sudah!" Aku berkata pada diriku. "Dia ni nak berperang ke dengan israel kat muzium tu nanti?" Dia menenangkan aku dengan berkata dia ingin bercakap dengan komuniti Yahudi secara damai, bukannya dalam keadaan kalut sepertimana di Asia Tengah.

Kami disambut dengan ramah sekali oleh koordinator muzium. Namun, sebelum masuk ke dalam, bendera putih Israel dengan "Star of David" berwarna biru itu menyambut kami dahulu di sebelah kiri dan kana pintu masuk ke muzium. "There is a difference between Zionists and Jews, yes?" Dia bertanya aku soalan yang dia telahpun tahu jawapannya. Aku sekadar mengangguk. Dia mencebik. Aku menyambung dengan berkata "Its just a flag," Ternyatalah aku perlu mengambil kursus wajib 101 "Anda & Sensitiviti Politik" Beliau mendengus dan melangkah masuk dengan langkah yang aku rasa paling skeptikal pernah aku lihat.

Kain Bunting dengan tema "To learn, to feel and to remember" terpampang di bahagian dalam muzium. Aku pula yang tersenyum penuh skeptikal. Apa pula yang telah dipelajari oleh masyarakat Yahudi daripada kekejaman Hitler yang mereka hadapi dahulu? Pokoknya, apa yang aku lihat keganasan sering membenihkan terorisme. Sama ada terorisme individu mahupun oleh negara. Itukah yang dipelajari oleh mereka?

Sebelum melawat, kami dibenarkan untuk berdialog dengan beberapa "holocaust survivor" yang kini tinggal di Montreal. Montreal rupa-rupanya adalah tempat ketiga di dunia dengan populasi Yahudi terbesar selepas New York dan Israel. Tiga daripada "holocaust survivors" itu menyorokkan diri di Poland bagi mengelak dari dibawa ke Auswitz. Mereka menyorok di kandang kuda buat beberapa bulan sungguhpun kandang tersebut dibanjiri air pada suatu masa. Cerita mereka memang menyayat hati namun dialog yang menyusul lebih penting. Dialog tersebut akan aku ingati sampai bila-bila. Semasa dialog tersebut, aku hanyalah pemerhati pasif dari sebuah negara dunia ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin. Rakanku dari Jordan mempunyai fikiran yang berbeza mengenai hal ini.

"Are you politically inclined to the building of an Israeli state?"
"We are neutral, we do not want to blur the line between our educational purpose and political motivation",
"Care to explain the flags at the entrance,?"
(Senyap)
Semua orang memandang rakan Jordanku yang sedang berdiri itu. Wajahnya merah. Hatiku berdebar-debar.
"It means nothing,"
"What do you learn from the holocaust?" Aku menyampuk pula. Rakan Jordanku mengulangi soalan ku kepada koordinator dan survivors tadi.
"We learn that violence is not the solution to our problems and that message of peace must be spread,"
" Why then, are you inflicting the same pain on another group of people when you yourself has experience the ultimate pain? Has supression and violence itself create a justification or catalyst for you to inflict pain on others?,"
(senyap lagi) Aku sudah mula merasa bahang perdebatan ini menguasai bilik berhawa dingin itu.
" The violence in Palestine has nothing to do with us. We object to the occupation in fact we rallied in protest of the occupation right here in Montreal,"
"And you wave their flag!"

Rakan Jordanku itu mempersoalkan keikhlasan komuniti Yahudi seluruh dunia memperjuangkan keamanan sedangkan kerajaan Israel sedang membantai rakyat Palestin demi merampas wilayah serta membuka kawasan penempatan baru. Aku tidak terkata apa-apa. Pengalaman beliau mungkin telah menjadikan beliau cekal dan keras hati. Siapalah aku, seorang aktivis hak asasi (kononnya) yang tidak pernah kenal peluru senapang mahupun melihat pertumpahan darah, mahu mempertikaikan pengalaman peritnya berjuang di Palestin?
"You have Blair and Bush. We have only ourselves!".
Setelah dipujuk berulangkali oleh aku, barulah beliau menurut permintaan ku dan kami melawat muzium itu bersendirian.

Kami berdiri di hadapan gambar hitam putih Hitler sedang bersalam dengan Pope Pius XII dalam satu Konkordat pada tahun 1933. Di sebelah gambar tersebut, satu lagi gambar yang menarik diletakkan. Gambar kawasan "ghetto" "contoh" yang ditunjukkan oleh Hitler kepada wartawan antarabangsa yang mahu membuat liputan mengenai rejim Nazi terpampang penuh hipokrisi. Aku ingat kata-kata rakan ku itu,
"I never like Hitler although some claim he helped us alot by cleansing the Jews community. Its not about that, Gee. Its about whether you are a hypocrite or not. I feel this place is a fake, that`s all." Aku juga terfikir perkara yang sama. Argumen aku adalah tragedi holacaust banyak menfokus kepada nasib "Yahudi" berbanding kumpulan lain yang menjadi mangsa Hilter seperti kaum Roma atau lebih dikenali dengan gypsi serta mereka yang homoseksual yang turut menjadi mangsa Hitler. Kadang-kadang aku berfikir apakah holocaust tragedi Yahudi semata-mata atau satu contoh penindasan ke atas umat manusia yang dibenci Hitler?

Aku separuh bersetuju dengan budak Jordan tu. Blair dan Bush juga adalah insan-insan "fake". Konflik Asia Tengah tidak akan selesai selagi hipokrasi membelenggu masalah tersebut! "Semua" nya kerana bendera "Star of David" itu!

P/S- Komik grafik Joe Sacco- Palestine sentiasa menjadi pilihan aku dalam bengkel pendidikan hak asasi yang aku jalankan. Kelakar, Jujur dengan grafik yang indah, Palestine adalah satu komik "penting" dalam gerakan hak asasi manusia pada pendapat aku. Juga MAUS oleh Art Spiegelman, 'Animal Farm' versi Yahudi. :)

2 Comments:

Blogger Naziehah said...

I wish I had the chance to know and experience more about this issue. Sometimes I do feel like I am living in a too shelted world.

Ah, well I can start by reading your blog more, can't I ;)

11:13 PM  
Blogger GEE said...

Hi x-teacher!

So good to hear from you again. Was hoping to catch up with u on lotsa things. Bila boleh ek?

Anyway, i heard a hafla is on the way, can join ke?

8:30 AM  

Post a Comment

<< Home