Friday, June 16, 2006

HENDAK JADI LIBERAL ATAU TIDAK?


~gambar dipinjam dari www.joebrower.com~

Kelmarin, aku harus “berkelana” ke Melaka kerana diundang bersama rakan sejawat untuk satu program kesedaran hak kanak-kanak bersama guru-guru sekolah. Sepertimana program sebelum ini, aku sudah dapat mengandai apakah bentuk soalan yang akan terkeluar daripada mulut dari para pendidik harapan negara ini. Aku bersama rakan sejawat ku sudah membuat sedikit ”homework” sebelum pergi ke program ini. Perkataan hikmat bagi program ini adalah ”PROVOKASI”. Kami hendak mengacah dogma-dogma yang sudah menebal di dalam diri para pendidik ini dengan tujuan agar mereka tidak pasrah dengan kerangka pendidikan negara yang usang. Biasanya, strategi ini tidaklah berjaya. Paling tidak, kami penceramah akan dihambur dengan bermacam reaksi bersifat emosional mahupun membela diri. Kebetulan, kumpulan guru yang aku hadapi semalam 60% bertudung litup, berjanggut dan berkopiah. Seram seh.

Apabila sampai kepada topik merotan kanak-kanak. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik pendidik negara ini memang pantas mengaju soalan. Antara maklumbalas menarik yang aku terima adalah ;

”Kami bukan rotan selalu, kami rotan sekali sekala dan ada cara merotannya, bukan pakai langgar je,”

”Merotan ni, Al-Quran sendiri cakap boleh,”

Bila ditanyakan kembali apakah matlamat sebenar merotan kanak-kanak ini? Jawapan ”top” adalah,

”Untuk displin-kan bebudak ni. Bebudak sekarang ni bukan boleh bagi muka. Samseng, gengsterlah..kami jeling sedikit sudah nak repot kepada mak bapak”,

Bila aku kata hampir 80% dari kes merotan adalah kerana mahu melahirkan kemarahan serta satu platform untuk membuang rasa geram dan tidak puas hati, makin banyak soalan dan komen yang aku terima. Aku hanya tersenyum. Tidak mengapa. Memang ini yang aku hendak. Mereka ini mulai merefleksi tindakan mereka sebagai pendidik. Tidak ada resolusi pun sebenarnya semalam tetapi sekurang-kurangnya mereka mula bercakap. Di sekolah, mereka sendiri terikat dengan bermacam formaliti birokrasi yang menghalang mereka dari menyuarakan pendapat. Aku minta mereka bercakap segalanya di sini. Segalanya. Semasa makan tengah hari, seorang daripada guru itu memberi komen kepada ku, ” Kiranya hendak tahu pasal hak asasi ni kena liberal lah, macam Puan”

Tersengih aku mendengar komen guru itu. Kerana soal liberal tidak liberal nya seorang manusia ini dibangkitkan oleh Union Guy sekembalinya dia dari Cambodia dua hari lalu.

”Awak tahu, masa di Cambodia, sayap kanan anak muda di sana (parti mana aku tidak pasti atau mungkin tidak ingin aku dedahkan) sangat berdisplin. Arak tidak sentuh, main perempuan pun tidak. 100% hidup untuk mengubah kondisi politik negara,”

”Ye lah. Tengoklah kondisi Cambodia, Masa Pol Pot, if you survive that, there is a lot to do to rebuild the country,”

“Tapi you tau, salah seorang peserta kata apa? Dia kata ”What, they don’t even drink alcohol? That’s illiberal and unprogressive, don’t you think?”

Sekali lagi, liberal menjadi label mudah yang diberi kepada seorang manusia. Aku pernah berkomunikasi dengan Farish A. Noor suatu masa dahulu. Kata beliau, di Malaysia, beliau dicap manusia liberal yang tidak menghormati Islam tetapi di Eropah, beliau pernah digelar ekstremis kerana tulisannya yang kritikal di dalam majalah IMPACT. (Hasil tulisan beliau untuk "Brand New Malaysian" boleh dibaca di sini). Liberal lagi. Apa kebendanya liberal ni? Pentingkah untuk kita dikenali sebagai manusia liberal, cool atau hip?

Dengan tudung dan baju kurung ku semalam, aku masih dicap liberal oleh golongan pendidik di Melaka. Pejuang demokrasi Cambodia yang mengetengahkan idea radikal untuk membawa perubahan kepada negara dianggap tidak liberal kerana tidak menyentuh arak dan mengamalkan seks bebas.

Sengaja aku membuat carian internet dan menjumpai takrifan liberal;


    1. Not limited to or by established, traditional, orthodox, or authoritarian attitudes, views, or dogmas; free from bigotry.
    2. Favoring proposals for reform, open to new ideas for progress, and tolerant of the ideas and behavior of others; broad-minded.
    3. Of, relating to, or characteristic of liberalism.
    4. Liberal Of, designating, or characteristic of a political party founded on or associated with principles of social and political liberalism, especially in Great Britain, Canada, and the United States.

    1. Tending to give freely; generous: a liberal benefactor.
    2. Generous in amount; ample: a liberal serving of potatoes.
  1. Not strict or literal; loose or approximate: a liberal translation.
  2. Of, relating to, or based on the traditional arts and sciences of a college or university curriculum: a liberal education.

    1. Archaic Permissible or appropriate for a person of free birth; befitting a lady or gentleman.
    2. Obsolete Morally unrestrained; licentious.

NOUN:

  1. A person with liberal ideas or opinions.
  2. Liberal A member of a Liberal political party.

Dalam dunia yang aku rasa “menilai isi dari luaran” adalah doktrin paling membuang masa, konotasi liberal ini terletak pada perspesi orang semata-mata. Kalau pun aku mengaku diriku liberal, tetapi cara aku menjalani hidup ku masih ortodoks, gaya pemikiran ku masih seksis, atau bersifat ala-kemuzium-an, tidak ada maknanya label “liberal’ ini. Kadang-kadang memakai label "liberal" ini menyusahkan kerja-kerja sosial kita. Di Indonesia, satu cabang Islam yang dianggap progresif atau maju digelar ISLIB. Bila ada gerakan pembaharuan Islam lain yang tiada kena mengena dengan rangkaian organisasi ISLIB ini, maka, terus diasosiasikan dengan ISLIB. Asosiasi ini hanya mengundang prejudis serta stigma kepada gerakan pembaharuan Islam yang lain kerana masyarakat Indonesia majoritinya kurang senang dengan ISLIB. Susah juga kan hendak jadi liberal ni?

Orang panggil aku liberal ni pun aku dah rasa cam tidak percaya! Betul ke aku liberal?

5 Comments:

Blogger erna dyanty said...

Saya teringat satu ketika dulu, mula-mula saya bertapak di kws keras bangsar. Di mana kelompok anak muda yang konon nye "liberal" berhibur.

Mlm APUKE.

Seorg berkaca mata sedang memegang sebotol bir dan mengjemput saya minum. saya tolak dgn segan sambil menyatakan "maaf, saya tak minum" (mind you this was 2000 i was still nice) dia bilang..
"tak minum?! alah kesian nye kamu, pasti org ingat kamu tak cool kerana kamu tak minum" atau di interpretasikan.. non liberal.

pthh!:p

akibatnya saya menentang kembali komen itu tanpa kegaganasan kerana saya terus beredar.

hmm something to write about...

xxx

12:48 PM  
Blogger GEE said...

kalu camtulah org perceived liberals, maka saya ni amatlah konservatif.u would know what I mean lah kan,erna.hehehe.

3:23 PM  
Blogger Ahmad Belia said...

liberal tue bende sebenarnya? kalau tak liberal tak sempurna ke hidup kita nie? kalau rotan2 sikit, marah2 sikit, adakah ia melanggar hak asasi manusia?

4:50 PM  
Blogger GEE said...

welcome hisham!

tak taulah saya. sempurna ke idak hidup ni kalu tak liberal. kesempurnaan hidup tertakluk pada pilihan serta tindakan kita.

marah2 sikit/rotan2 sikit tu macam yg saya tegaskan dalam posting tertakluk kepada niat kita kan? kalu apa yg kita buat tu mencapai matlamatnya, saya rasa takde masalah. Cuma, kalu tindakan kita tu counterproductive sahaja, buat apa hendak diteruskan?

terima kasih kerana melawat blog saya yang serba tidak sempurna ini.

6:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

:-) tulisan yang bagus.. terus menulis ya.

Salam dari Indonesia,

Sayed Mahdi
idhamdeyas.blogspot.com

11:28 AM  

Post a Comment

<< Home