Menonton Teater Seorang Existentialis
Sabtu kali ini adalah Sabtu yang paling menenangkan. Aku menghabiskan masa berbaring sambil berfikir apa yang hendak ku sental sebagai makan tengah hari kelak. Menjelang 12.00 tengah hari, satu menu pun tidak dapat ku bayangkan dan pagi Sabtu yang tenang menjadi semakin menyesakkan. Sehinggalah, S, teman kepada temanku, menghantar pesanan ringkas tentang persembahan teater "Man Without Shadows" karya Jean-Paul Sartre, seorang existentialis terkenal, malam nanti di Panggung DBKL. Memandangkan aku meminati penulis existentialis lain seperti Kafka, Kundera atau Camus, menonton teks Jean-Paul Sartre dipersembahkan oleh The Poetic Cape sempena Festival Seni Peranchis mungkin akan menjadi satu pengalaman yang menarik.
Aku diperkenalkan kepada dunia existentialisme secara tidak sengaja dan agak lewat bahkan, aku menjadi bahan ketawa rakan ku ketika itu. Aku, A dan I ketika itu sedang berjalan di dalam sebuah bangunan di UPM. Semasa itu, aku berada di dalam Tahun Pertama Pengajian di UM dan sedang melawat A, seorang psikologis di UPM. A dan I berhenti di hadapan bilik seorang pensyarah yang melekatkan sebuah poskad hitam yang tertulis, "Nietzsche Is Dead-God" di pintu biliknya. A dan I ketawa membaca poskad itu sambil bertukar cerita mengenai pensyarah muda dan kacak yang "cool" kerana meletakkan poskad itu di hadapan biliknya. Aku seorang sahaja yang terkedu.
"Sapa Nietzsche?" Aku bertanya. A dan I memandangku dengan pelik.
"You, of all person tak kenal Nietzsche?"
"Hey, I was born in 1979 okay? There are like millions of people born before me, how would I know who is this guy that God denounce", Lancar aku menjawab walaupun hakikatnya, aku sedang memasang perisai pertahanan jika A dan I mahu mempermainkan kejahilan aku tentang mamat Nietzsche ini. Selepas diberitahu, aku hanya tersengih lebar.
"Kelakar mamat ni," Komenku ringkas. Sejak itu, aku cuba lebih banyak membaca tentang tokoh existentialis lain. Manusia yang berani mencabar ketuhanan mungkin dilihat kufur dari pandangan (institusi) agama. Bagi aku pula, manusia begini mengimbangkan pandanganku tentang hidup bahkan memperkayakan perspektif aku tentang pe'el manusia.Jadi hanya satu sahaja perkataan yang dapat ku utarakan untuk menggambarkan Sartre,Kierkegaard mahupun Nietzsche. Fascinating.
(Satu lagi pesanan tidak rasmi, jangan ingat ahli falsafah Existentialism ini orang tidak ada agama atau agnostik semata, Kierkegaard adalah seorang Kristian yang komited, Nietzsche tidak percaya kepada Tuhan dan yang lebih melucukan, Miguel De Unamuno, ahli falsafah Sepanyol pula adalah Katolik atau atheist atau agnostik bergantung pada bilakah masa atau hari anda bertanya pegangan beliau. Moral penerangan ini adalah; JANGAN MENGHUKUM. TAHU & FAHAM DAHULU!)
Agar tidak diketawakan oleh rakan sepertimana kes aku tadi, sedikit penerangan tentang exsitentialisme boleh diperolehi di sini, sini dan sini. Setakat ini, selepas aku membaca mengenai exsitentialisme, aku masih lagi percaya kepada Tuhan. Amaran ini untuk mereka yang mengehadkan ruang lingkup pengetahuan mereka kepada karya-karya Hassan Al-banna semata-mata kerana khuatir disesatkan!
Berbalik kepada persembahan teater tadi. "Man Without Shadows" mengisahkan keresahan lima orang pejuang gerakan "Resistance" yang telah ditahan sewaktu Nazi berkuasa di peranchis semasa Perang Dunia Kedua. Seorang ahli meteorlogi, seorang remaja lelaki, seorang veteran berbangsa Greek, seorang wanita cekal dan ketua "Resistance" sendiri menjadi tonggak karya ini. Masing-masing menanti saat untuk diseksa oleh rejim fasis dan cuba mengandai apakah penyeksaan itu nanti bakal menyakitkan, mambawa maut ataupun seperti kata lelaki Greek itu, "berlaku dengan pantas sehingga engkau tidak sedar.." Man Without Shadows mengajak penonton menyelami bukannya apakah metod paling kejam yang akan digunakan bagi memaksa pejuang "resistance" tersebut membuka mulut dan membocorkan rahsia pergerakan ketua mereka, tetapi lebih kepada mahu penonton menyelami apakah reaksi manusia di ambang penyeksaan? Apakah nilai nyawa manusia sebenarnya? Adakah manusia bertanggungjawab ke atas nyawa seorang manusia lain atau hanya ke atas apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri? Yang paling "crucial", mungkin teater ini seolah menjerit kepada penonton "Heroes and Cowards are not born, but made".
Persoalan-persoalan existentialis ini menguasai dialog serta monolog para pelakon. Tanda soal besar mengenai "existence over essence" aku lihat tertulis di setiap babak teater. Mungkin lebih menarik jika satu diskusi mengenai isi kandungan teater diadakan setelah selesai menonton, namun itu hanyalah impian kosong aku sahajalah.
Aku tidaklah selalu menonton teater apatah lagi menghayati teks karya-karya teater oleh tokoh-tokoh terkemuka. Tetapi pada aku, teks "Man Without Shadows" mungkin boleh menjadi lebih radikal jika diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Limitasi penguasaan rasa serta pengucapan dialog oleh pelakon kadangkala menyebabkan aku hilang tumpuan kepada apa yang sedang dipersembahkan. Kesudian Kerajaan meluluskan teks ini untuk dipertontonkan adalah satu ironi yang kelakar. Mungkin memang sikap Pemerintah di Malaysia, kalau cerita kerajaan yang fasis atau rejim yang jahat itu berlaku di negara "Antah Berantah" atau "di dunia sebelah sana", tidak mengapa untuk disebarkan kepada rakyat, tetapi bangkai gajah sendiri (baca: keganasan polis atau tahana tanpa bicara) harus di simen sedalam-dalamnya! Mungkin selepas ini, penggiat teater tempatan mahu menukil kisah tahanan ISA pula? Kerana bukankah kata-kata itu seumpama pistol yang berpeluru? Selepas mengangkat karya tersebut ke gelanggang teater, jangan pula mendabik dada meminta anugerah, Sartre sendiri menolak Hadiah Nobel yang dihulurkan kepada beliau!

2 Comments:
Nietzsche adalah nama kepada guinea pig saya yg telah lama mati akibat kebuluran (dan boleh jadi kesunyian).
Jika play Sartre berjudul "Tiada Jalan Keluar" dipentaskan di sini, tolonglah beritahu saya seadanya.
Oh ya, telah bertembung dengan Si Mata Empat di Starbucks (punk rockers, diam!) Great Eastern Mall siang tadi, dan beliau bertanya jika saya ada berbual dengan kamu online. Saya jawab tiada kerana saya kurang sihat beberapa hari kebelakangan ini.
Existentialisme ialah suatu yg enak. Seenak Mushroom Swiss Double w/ Cheese di Burger King.
Hehe.
Mike,
Dah sembuh ke? well,apapun,its good to know that ur online activity kembalI berjalan lancar. Saya juga amat berharap "No Exit" akan dipersembahkan di sini n of coz, u will b the first yg saya inform kal ada.Existentialism memang enak tp. macam Grilled Chicken sandwich di Burger King! :)
Post a Comment
<< Home