Tuesday, June 20, 2006

NAK KONGSI RAYA? TEPUK DADA, TANYA IMAN!


Implementasi budaya “Jangan Tanya, Ikut Sahaja” edisi terbaru boleh anda ditemui dalam Persidangan Ulama 2006. Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Seri Harussani Zakaria memaklumkan pihak media bahawa ulama yang menyertai persidangan itu mahu agar budaya “kongsi raya” dan rumah terbuka dikaji semula agar ia tidak mengugat kepercayaan masyarakat Muslim di negara ini. Baca dengan lebih lanjut di sini, ok geng?

Apa yang berlaku semasa sambutan “kongsi raya” sehingga mampu mengugat keimanan umat Islam negara ini? Senario biasa yang aku lihat, dengar atau baca adalah sambutan “kongsi raya” ini satu gimik media dan peniaga bagi meraih keuntungan apabila dua perayaan bertembung. “Kongsi raya” ini juga boleh menjadi satu strategi politikal bagi meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik di negara ini berstau hati sungguhpun berbeza agama. Kita lihat Datuk S dengan Dato’ Seri A bersalam-salaman sambil menikmati semperit atau muruku semeja. Persoalan aku, apabila memerhati senario kongsi raya ini adalah bagaimana aku hilang ke-islaman ku hanya kerana aku seronok “berkongsi” sambutan hari kebesaran masing-masing dengannya?

Aku seorang Muslim, tetapi tidak memiliki sijil Ulama’ namun minta maaf, aku agak emprikal. Berikan bukti beserta argumen yang jelas bagaimana “kongsi raya” mampu meruntuhkan keimanan seseorang? Mungkin ini semua bakal terjawab apabila kajian tersebut diselesaikan. Tetapi aku tertanya-tanya; apa yang akan dikaji, siapakah yang akan terlibat dan bagaimanakah para ulama’ ini akan memastikan kajian tersebut tidak menyampaikan pandangan sehala yang tidak memboikot konteks sosial. Aku tidak mahu sekadar intepretasi dalil naqli mahupun penjatuhan hukuman tanpa alasan penghakiman. Aku mahu penjelasan yang boleh difahami ( kalaupun tidak diterima) oleh masyarakat.

Jika dibandingkan dengan “kongsi raya” banyak lagi perkara lain yang boleh meruntuhkan keimanan umat Islam di Malaysia. Mari aku senaraikan- menerima rasuah, memburuk-burukkan orang, menindas ahli masyarakat yang lemah, menahan serta menyeksa tertuduh tanpa perbicaraan yang adil. Bukankah perkara-perkara ini lebih menakutkan? Atau mungkin runtuh atau tidaknya iman itu satu isu yang boleh dikompromi sekiranya melibatkan kekuasaan ataupun status ekonomi?

Isu toleransi, kompromi serta kewujudan bersama secara aman (peaceful co-existence) adalah isu-isu yang masih belum dapat dibicara dengan terbuka secara masak di Malaysia. Aku nampak takut pada bayang-bayang sendiri sebagai asas tawarnya hati ahli agama dan masyarakat untuk membincangkan hal-hal ini. Adakah adab sopan masyarakat kita mengongkong minda kita dari berani membincangkan isu kaum, agama dan identiti kita secara terbuka? Atau memang kita sudah selesa dengan muhibah plastik kelolaan Pemerintah?

Siapa kata berdialog boleh melemahkan iman serta keyakinan kita? Siapa kata toleransi bermaksud melonggarkan pegangan kita agar kita mampu menyerap pegangan lain? Siapa?

Kerana kita ini banyak membiarkan “orang lain” membuat keputusan untuk diri kita, maka kita sendiri tidak tahu siapa yang berkata sedemikian? Sedih, bukan?

4 Comments:

Blogger Naziehah said...

Biar saya komen dalam Bahasa Melayu juga =) ( harap jangan ketawa )

Memang itulah hakikatnya di negara kita - melandaskan ketidakterbukaan pada istilah ' menjaga adab budaya', 'menjaga keharmonian agama' , yang pada hemat saya sangat cetek dan tidak berasas.

Pada pendapat saya, mereka sengaja tidak mahu membuka minda dan peluang untuk perbincangan yang matang, kerana minda dan hati mereka tidak bersedia untuk mengemukakan jawapan yang rasional dan kukuh.

11:26 PM  
Blogger anakabah said...

"The Government was also urged to set up a monitoring body made up of academicians and ulamas to stop the spread of liberal Islamic thinking, especially through the Internet."

Over my dead body.

Have a good soul-searching adventure. Don't forget The Stranger.

11:50 PM  
Blogger GEE said...

Hi bellydancer,

Alamak! respon in Malay? Wow! Hey, never make it compulsory to respond in malay but again, Wow! hehehe. Yup, agree with you. I had enough of all these artificial tolerance, peaceful co-existence whatever. Those ads and bilboards about unity are damn patronizing and superficial too!

3:44 PM  
Blogger GEE said...

Hi Mike,

Thanks dude! of coz I wont forget The Stranger plus Harvey Peckar `s anthology! Something to remind me of you when I am on the road.hehehe :)

3:45 PM  

Post a Comment

<< Home