Wednesday, July 05, 2006

Demam Piala Dunia -atau- Argentina Dalam Kenangan!

Hari ini, ingat nak pos sesuatu yg mendalam. Tetapi sibuk habis aku hari ini kerana bos tiada di pejabat, (baca: terpaksa menjadi pemangku!...rakan sekerja kata "bukan pemangku, tetapi mangkuk, heheh) Aku ingat sebelum balik ke rumah, aku hendak menyumbat beg aku dengan kerja-kerja pejabat yang boleh aku habiskan sambil menunggu masa keramat 3.00 pagi untuk menyaksikan Peranchis berentap dengan Portugal bagi merebut tempat ke Final.

Ya, memang Argentina hanya tinggal sejarah. Kapoot! Habis! Tamat! Tetapi rasa hormat aku kepada corak permainan dan kesungguhan mereka di atas padang akan ku bawa sehingga ke Piala Dunia 2010 nanti. Oleh itu, cuba tonton iklan ini, khas di bawa dari Argentina,dengan tajaan percuma YouTube.com, tanda kasihnya aku kepada Riquelme, Crespo, Messi serta rakan sepasukan mereka yang lain. Kata-kata di akhir iklan tersebut jika diterjemahkan bermaksud "Mainlah bagi semua yang tidak dapat bermain, Semangatlah yang menyatukan kita!"

Malam ini, aku hendak sokong Peranchis lah! ;)


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Yesh...let's sokong France! :D

9:37 PM  
Blogger GEE said...

welcome nick!

hope france will repeat their awesome quarter finals performance. like org bercinta, x sanggup putus cinta dua kali! :)

12:46 AM  

Post a Comment

<< Home