Jack Kerouac & "On The Road"
Jack Kerouac- kacak dan ranggi, sedang mencari stesen radio, mungkin.
Otai-otai generasi Beat...yang itu bukan Marx tapi Ginsberg.
Jack Kerouac, seorang lelaki istimewa, dianggap "Tuhan" kepada generasi Beat pada tahun 1950-an. Aku rasa golongan muda di Amerika mahupun di sini biasa mendengar gerakan sosial yang popular ketika itu dengan nama gerakan Beat. Hippies dan beatnik tulen ( atau mungkin 80% tulen) mengagumi daya rebel yang bersarang di dalam diri Jack Kerouac itu. Beliau boleh dikatakan terperangkap di dalam era 50-an dan cuba membebaskan diri dari kongkongan sistem nilai era tersebut. Beliau mempersoalkan norma dan lumrah kebiasaan pada ketika itu dan mencari erti hidup dengan alkohol, marijuana dan bzendrine. Ironisnya, pada akhirnya, pencarian beliau "tersangkut" pula dengan Buddhisme. Bersama-sama rakan seperjuangan, Neal Cassidy, William S.Burrough, Allen Ginsberg dan lain-lain, beliau menterjemah makna kehidupan anak muda yang bebas dari komitmen serta menolak budaya kebendaan melalui karya-karya mereka yang kini diangkat sebagai harta kesusasteraan Amerika yang tidak ternilai.
Karya beliau, On The Road, Dharma Bums (sambungan kepada On The Road), The Town and The City dan lain-lain disanjung dek kerana kespontanan beliau menterjemah pengalamannya mengembara merentas Amerika dengan jujur dan tidak berselindung. Apa yang akan anda temui jika membaca On The Road? Apa sahaja yang sedang bermain di otak anda sekarang, dadah, seks dan alkohol. Namun, kebijaksanaan lelaki lulusan Columbia ini jangan sesekali dipandang rendah. Umum memandang beliau sebagai seorang yang mengalami gangguan jiwa, resah dan tidak stabil, namun begitu, keresahan serta pencarian beliau yang tidak putus-putus tentang maksud kehidupan menjadikan beliau seorang yang amat sensitif tentang masyarakat disekelilingnya tidak kira di mana sahaja beliau berada.
"Orang Amerika adalah pencuri semulajadi" Perspektif beliau di dalam On The Road. Manakala di dalam Pomes All Sizes, beliau menyatakan "Mimpiku tentang sebuah bandar yang teruk adalah diskriminasi diri, bandar yang sebenar adalah minda yang sejagat". Hendak kenal dengan Kerouac atau membaca sebahagian daripada karya beliau, sila rujuk di sini.
Aku bukanlah penyanjung nombor 1 beliau. Tetapi hasil pembacaan On The Road merupakan pengalaman pertama aku membaca suatu karya esperimentasi generasi Beat. Naked Lunch oleh S.Burrough tidak boleh dikira pengalaman pertama kerana aku begitu keliru sewaktu membacanya lantas mengantuk. On The Road seolah-olah satu pengalaman voyeur bagi aku, mengintai perjalanan jauh seorang pemuda yang gila mencari makna hidup dan bertemu pelbagai simbol serta representasi budaya Amerika yang mendominasi golongan muda era itu. Aku memanggilnya satu analisis sosial bersifat punkrock!
Ada perkembangan terbaru nampaknya mengenai manuskrip On The Road. Manuskrip unik yang ditaip di atas kertas minyak sepanjang 119 kaki tanpa perenggan atau mukasurat itu akan diterbitkan tanpa sebarang suntingan. Karya On The Road yang kita perolehi dan baca selama ini adalah karya yang telah beberapa kali disunting dan bukanlah karya yang benar-benar asli. Ahli akademik yang mengkaji Kerouac menyatakan ciri-ciri karya asli On The Road- tanpa perenggan dan tiada muka surat itu sebenarnya melambangkan gaya hidup generasi beat ketika itu yang bebas dari kongkongan sistem nilai dan penuh dengan kespontanan. Manakala aspek substantifnya yang sarat dengan gambaran mengenai seks dan dadah telah ditapis kerana dianggap tidak senonoh pada era tersebut. Penerbitan karya asli Jack Kerouac di dalam bentuk buku itu adalah sempena Ulangtahun ke-50 hasil karya itu iaitu pada tahun hadapan. Karya itu kini adalah milik James Irsay dan dibeli oleh beliau pada tahun 2001 dengan harga 2.43 juta.
Sila tonton video di bawah ini untuk melihat Jack Kerouac yang sebenar.
Klip tambahan:
1. Bersama Ginsberg ,Cassidy dan isteri pertama beliau..hehehe
2.Johny Depp (cuba meniru Kerouac?) membaca karya Kerouac.

2 Comments:
Yang ni best. Aku agak minat juga dengan On The Road, Jack Kerouac.Tak sabar rasanya nak tunggu karya asal keluar tahun depan.
Hi Black,
Peminat Kerouac jugak rupanyer.Aku harap buku tu nanti taklah mahal sgt.Hehehe
Post a Comment
<< Home