Timur Tengah adalah lokasi “terpanas” di dunia mutakhir ini. Kerana apa? Pertama, kerana ia merupakan punca takungan minyak idaman Amerika dan kedua kerana, untuk mendominasi sumber minyak dan menjadi kuasa unilateral terulung, Bush dan sekutunya akan melakukan apa sahaja untuk mengolah persetujuan ramai dan menampilkan justifikasi yang logik bagi meyokong gagasan perang beliau. Ini bukan sahaja peperangan berbentuk fizikal. Ini juga adalah peperangan propaganda. Propaganda bagi menguatkan sokongan dan hujahan Amerika yang Iran patut di serang.
Perlukah kuasa unilateral seperti Amerika mengolah persetujuan umum sebelum bertindak? Jawapannya perlu. Kerana sokongan umum kepada tindakan Amerika memberi legitimasi kepada usaha Amerika meneruskan hegemoni mereka ke seluruh dunia. Lebih mudah memerintah manusia yang percaya daripada yang kuat memberontak, bukan?
Operasi “Janji Sebenar” Hizbollah pada 12 Julai yang dilihat sebagai katalis kepada serangan Israel ke atas Lebanon. Operasi tersebut dinamakan sedemikian sempena “janji” Sayyed Hassan Nasrallah untuk menjadikan tentera Israel sebagai tahanan dan ditukar dengan tiga orang Lubnan yang menjadi tawanan Israel. Kemudian, bermulalah siri konflik di utara Lubnan-Israel yang akhirnya menjadi parah dengan serangan udara dan darat Israel ke atas Lubnan.
Pastinya Syria dan Iran menyampah melihat saudara bau-bau bacang mereka diserang oleh Israel. Timbullah soal sokongan Syria dan Iran kepada tindakan Hizbollah. Istilah sedap yang dijaja oleh George Bush Jr. adalah “keganasan tajaan negara” (state-sponsored terrorism).
Sekarang ini, pengolahan isu dan naratif fakta ternyata akan mengenepikan peristiwa serangan Lebanon bagi memberi laluan kepada persoalan yang jawapannya bakal menguntungkan Amerika. Apakah perkaitan Iran dengan serangan Hizbollah pada 12 Julai? Pembentukan pendapat umum ke arah menamakan Iran sebagai penaja serangan itu bakal memberikan Amerika satu justifikasi untuk menyerang Iran setelah desakan Washington agar Iran menghentikan program nuklearnya tidak berjaya. Kini, bukan hanya kelompok neo-konservatif sahaja yang menghujahkan bahawa serangan 12 Julai itu berjaya dek sokongan Iran, kelompok intelektual liberal (termasuklah pendukung Demokrat) nampaknya turut mengikuti trend yang sama di dalam menganalisis krisis di Timur tengah itu. Antara pandangan yang aku baca adalah pandangan Kolumnis New York Times, Thomas Friedman, seorang liberal di Amerika. Beliau menganggap militan tajaan Syria dan Iran hanya mahu menggugat usaha Amerika membawa demokrasi ke Palestin, Iraq dan Lubnan kerana enggan menerima demokrasi sebenar dan usaha pemodenan di rantau tersebut.
Iran akan dipersalahkan dalam banyak perkara. Harga minyak yang sedang naik sekarang adalah gara-gara kestabilan dunia yang terganggu dek krisis Timur Tengah. Pelopor krisis? Antara calon utama untuk anugerah ini adalah Iran. Iran pula dikatakan memperolehi keuntungan daripada bursa minyaknya. Mahu tidak naik angin dan iri hati kuasa besar dunia? Lagi satu fakta penting, keberanian Iran menolak rundingan bersama Amerika untuk menghentikan program nuklearnya menjadikan Iran sasaran kemarahan Amerika yang amat besar. Jadi, pemerhati politik antarabangsa, pak-pak liberal dan puak Neo-konservatif memutuskan tidak mustahil, peristiwa 12 Julai itu satu sandiwara rancangan Iran untuk mengalih perhatian Amerika dan dunia daripada mengawasi program nuklearnya. Kesemua faktor ini akan dijadikan bonus yang dikumpul sepertimana program kad “rewards” di kedai minyak. Cukup sahaja mata yang terkumpul, maka Amerika akan menukarkannya dengan hadiah teristimewa untuk Timur Tengah-serangan ke atas Iran.
Nampaknya benarlah hanya jauhari mengenal manikam.
State sponsored terrorism Preemptive strike Weapon of Mass Destruction
Ini semua alah bisa, tegal biasa bagi Amerika.Jika konflik Timur Tengah dan hegemoni Amerika itu aku nukilkan seperti sebuah cerita dongeng karya adik beradik Grimm, mungkin begini jalan ceritanya:
Pada zaman dahulu, Raja Bush dari Kerajaan Amerika ingin menguasai semua takungan emas hitam di dunia. Namun, takungan emas hitam itu semuanya di dalam kekuasaan maharaja-maharaja kejam di kawasan Timur Tengah. Setelah menguasai kerajaan Afganistan dan iraq, baginda terjatuh hati pula kepada kerajaan Iran. Sayang seribu kali sayang, kerajaan Iran tidak dapat ditandingi oleh Raja Bush. Raja Bush pun bermuafakat dengan bendahara neo-konnya.
‘Senang sahaja tuanku, kerajaan naungan tuanku, kerajaan Israel sedang berperang dengan kerajaan Lubnan. Tuanku sokong sahaja tindakan Israel menghentam Beirut,”.
“Mengapa Memanda Menteri berpendapat sedemikian?”
“Kerana Beirut itulah World Trade Centre tuanku dan Iran itu pula Iraq kedua untuk kerajaan tuanku”,
Dan mereka hidup dengan aman damai selama-lamanya.
Walaupun mungkin usaha Amerika mengolah kepercayaan umum bahawa Iran patut diserang akan memakan masa, mungkin pada Amerika, biarlah. Janji suatu hari nanti, Iran dan takungan minyaknya yang berharga akan jatuh ke tangan empayar yang mengaku pencinta demokrasi ini.
Antara yang menarik di internet tentang isu ini:
Pengenalan asas kepada Hizbullah (Baca dan Fikir).
Artikel dari Asian Times
Jangan Tuduh Bush Mulakan Perang.
Blog menarik tentang krisis ini.
7 Comments:
Until now, I didn't know how to give your people a message of peace when everywhere there's chaos and an unececery war.
I'm from Israel, but it doesn't matter. What truely matters is that we're all
pieces of the same puzzle. We must unite with our hearts, believe in love and
the possibilty to heal the wounds between our nations. Our leaders, yours and
mine, are only a few people, and they have gone mad. They don't realize that
they're making the wound bigger everyday.
We can change it, and it starts with Salam, Shalom, Peace. Find compassion in
your heart, and let the world know- we don't need this war. We can bring our
boys home, we can build again from our ruins.
I apologize in the name of my "leaders", for all the hurt they've caused you. I
hope that Nassralla will give us back our 3 soldiers that were kidnnapped and
because of the search for them that war began.
Think about it. All of the suffering, just because someone won't let 3
misserable soldiers go... insanity! And I know that my "leaders" are over
reacting. So... I send you love and I hope for...
Peace. NOW.
Shir Alony, 22, Tel Aviv (Born in Jerusalem)
Shalom to u, shir alony
welcome to my blog.
errr...do u understand my posting?
:& <--- confused.
Uhummm ske baca cara anda bercerita. Ada gaya. Best. Salam perkenalan. Jalan2 Cari Blog. Salam perkenalan!
hi Azhar,
Selamat datang ke blog saya yg. x seberapa ni.dtg2 lah lagi ke sini.
:)
demokrasi ada harganya.Justeru tidak hairanlah pengembalian demokrasi di Timur Tengah perlu dilaksanakan secara keras.
cik gee setuju?
t-shirt putih,
pada saya, demokrasi bukan satu komoditi yang perlu diberi tanda harga. setiap negara bebas mempraktikkan demokrasi dan gerakan sosial di sesebuah negara itu untuk membangunkan, membela mahupun mengembalikan demokrasi di negara mereka. Tekanan luar dari masyarakat antarabangsa seharusnya tidak sampai menyebabkan campurtangan luar di dalam institusi kenegaraan mereka.case in point, Iraq, Afghanistan...
terima kasih di atas keprihatinan anda!
Bagus rupanya penulisan Gee dalam bahasa Melayu ni. Teruskan.
Aku setuju dengan pandangan Gee. Untuk membantai Iran, Amerika, Neocon dan Israel memang memerlukan satu WTC.
Jadi Hezbollah adalah organisasi yang terbaik untuk dijadikan sasaran oleh kerana mereka berfahaman Syiah dan ini mudah untuk dikaitkan dengan Iran.
Oleh kerana Amerika gagal untuk mengolah persetujuan umum untuk menghentikan program Nukluer Iran, maka serangan terhadap Lubnan adalah titik awal dalam perancangan mereka untuk menyerang Iran.
Post a Comment
<< Home