Monday, July 10, 2006

Nota ringkas: Zizou (II), Lanun Hippie & dll.

(i)
Materazzi membela diri. Zizou pula masih mendiamkan diri. Apa kata rakyat maya tentang kejadian tandukan emas Zizou? Antara tekaan ramai:-
"Dirty terrorist"
"Mainlah untuk negara sendiri"
"Kau seorang homo"
"Emak kau seorang pelacur"

Mengapa Materazzi tidak buka mulut sahaja dan mengaku apa yang diucapkannya kepada Zizou? Hendak takut apa? Piala Dunia sudah selamat dalam genggaman Itali. Materazzi, engkau pun ada sejarah kenakalan yang tersendiri. Masih hendak berselindung di sebalik agen mu?


(ii)
Pirates of The Carribean, Tayangan Amal anjuran ServiceCorp bagi meraih dana untuk MAKNA-WAO/TGV KLCC/7 Julai/8.30 mlm/Berteman.

Pesanan bila anda menonton filem ini. Jangan hendak menjadi seorang intelek sombong yang mahu berfikir panjang dalam wayang. Duduk. Telan popcorn. Minum Diet Coke anda. Berhibur.
Setiap kali Captain Jack Sparrow tampil di skrin, ketawalah sepuas hati anda. Stress 3 minggu terus ghaib. Apa yang menarik? Pastinya Keira Knightly. Kali ini Will Turner sudah menjadi cerita basi bagi Elizabeth. Nampaknya, cinta telah beralih arah. Siapa kata seorang wanita tidak boleh mencintai lebih dari seorang lelaki? :) Kali ini, lanun hippie berambut dreadlock yang jalan terhoyong-hayang itu menjadi idaman Elizabeth. Pemberi modal dan pengarah filem makin bijak menjadikan emosi penonton komoditi yang lumayan. Pirates of The Carribean berakhir dengan seteru lama Jack (biarlah aku rahsiakan siapa) kembali untuk menyelamatkan antihero pujaan rama itu. Nampaknya, kita bertemu Jack Sparrow sekali lagi musim panas tahun depan. Tiru Lord of The Rings nampak. Budaya Trilogi?


(iii)
Untuk selama beberapa minggu ini, rancangan TV apa yang aku tonton?
1.That`s So Raven- Seronok melihat seorang remaja kulit hitam (walaupun watak fiksyen) yang tidak gentar dengan tekanan sosial kerana tubuhnya gempal.
2.Dance Fever -Aku suka menari!
3.Rockstar - Membentuk artis rock ala SMS. Hmm...apa bezanya dengan Mawi? Tidak ada luggage hitam yang perlu ditarik apabila "rocker tidak jadi" diundi keluar. Itulah bezanya, mungkin.
4.House - Antihero yang tempang tetapi bijak. Aura seorang doktor yang aku tidak temui di Hospital Besar Kuala Lumpur (Mungkin belum lagi).

Catitan agak ringkas kerana kerja pejabat makin berlambak dan kesihatan diri tidak begitu baik. Takpe. Esok masih ada.





0 Comments:

Post a Comment

<< Home