Wednesday, August 09, 2006

AMERIKA - BUMI BERTUAH

Amerika adalah bumi yang menakjubkan.

Kata Chomsky, Amerika adalah satu-satunya negara di dunia yang kekuatan ekonominya berkembang sejajar dengan kebangkitan agama konservatif.

Amerika juga memiliki begitu ramai cendekiawan, pemikir Islam mahupun penganalisis politik yang jenuh membantai dasar-dasar Washington.

Di celah-celah protes rakyat Amerika terhadap dasar ketenteraan Bush yang bernaung di bawah panji demokrasi, lebih kurang 50% rakyatnya percaya Iraq memang memiliki WMD.

Di celah kemesraan yang ditonjolkan oleh Condoleezza Rice dan Bush, kenyataan umum mereka mengenai dasar Amerika masih boleh bercanggah.



OH, AMERIKA!...


Kerana kadang-kala membaca berita tragedi Lebanon serta kelicikan BP (Bad Plumbing) memualkan aku, aku ingin berhenti membaca serta berbincang mengenai Lebanon buat seketika dan mendengar lagu-lagu anti perang yang berikut:

The_Compassionate Conservatives_G._W._Bush.mp3
Chumbawamba-Jacobs_Ladder-NotInMyName.mp3

Audio-audio berkenaan Amerika, politik dan yang sewaktu dengannya boleh didengar di RadioNationBlog. Boleh bersetuju atau tidak. Itu hak anda. Kualiti audio adalah sangat memuaskan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home