Hantu Menggugat Keselamatan Negara?
Kepercayaan dan rasa teruja masyarakat tempatan kepada elemen-elemen mistik memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kita ada MASTIKA- majalah yang mengetengahkan unsur-unsur seram dan mistik atas alasan memberi keinsafan kepada rakyat.
Kita ada pengundi HANTU - hanya muncul dan mengganas empat tahun sekali dan seperti HANTU RAYA, mampu menyamar dan menyerupai orang yang telah mati di pos-pos mengundi.
Kita ada banyak toyol di dalam sistem negara yang kuat mencuri duit rakyat. Mereka ini licik, pantas bertindak dan sukar untuk dikesan. Sedar-sedar, duit tabungan kita menjadi sumber membebaskan rakan-rakan mereka ini dari hutang piutang sendiri.
Kental sungguh pengaruh makhluk halus dalam hidup rakyat Malaysia. Itu belum dicampur amalan ilmu perdukunan, bomoh-membomoh, santau-menyantau. Setakat ini, apa yang disebut di atas di pandang sebelah mata oleh Sang Pemerintah.
Maka apabila hantu serta jin yang dipamerkan di Muzium dicabar kesahihannya, mengapa OSA digunakan bagi menghalang daripada bukti kewujudan hantu dan jin ini dari dipamerkan kepada umum? OSA pulak tu....bukan calang-calang Akta yang digunakan.
Sama ada pihak yang menggunakan OSA ini takut masyarakat makin bertambah fanatik dengan kepercayaan mereka kepada perkara-perkara mistik ini atau mereka tidak sanggup mengambil risiko mendedahkan bukti saintifik mengenai hantu yang dipamerkan kerana khuatir ianya akan menjejaskan jualan tiket pameran.
Apapun, pada aku hampir separuh rakyat Malaysia boleh tampil ke hadapan mendakwa pernah terserempak dengan hantu satu atau lebih daripada satu kali di dalam hidup mereka. Jadi, apa masalahnya.
Ada, adalah. Kalau Tidak wujud, tidak wujudlah.
Macam 18 pemimpin yang didakwa terlibat dengan rasuah dahulu. Masih menyorok macam hantu. Bila mahu diusir agar tidak merasuk ketelusan sistem?
Kalaulah upacara menghalau hantu diadakan di Parlimen, aku tidak tahu berapa banyak polong penghisap darah rakyat yang akan tercungap-cungap keluar meninggalkan bangunan itu.
Malaysia juga baru memperolehi "banshee" versi tempatan. Jangan ingat "banshee" ini ada di Eropah sahaja mendiami menara-menara tinggi, sekarang, di Malaysia, ada seekor "banshee" yang tidak habis-habis menjerit dan melolong memohon agar jambatan keramat kesayangannya dibina. Jika tidak, "banshee" ini mengugut tidak akan berhenti membuat bising.
Poin aku adalah, rakyat Malaysia sudah cukup lali dengan elemen mistik sama ada yang diinterpretasikan daripada ajaran agama sampailah yang dikonstruk oleh sosial. Daripada yang menunggu pokok ketapang sampailah yang menjadi penunggu Tabung Haji dan KWSP. Sila dedahkan hantu-hantu yang sedang memusnahkan negara ini.
Cukup-cukuplah kita hendak menghabiskan masa menunggu hantu dan jin di Muzium Shah Alam hidup hanya kerana pihak Muzium menggunakan OSA menyekat sebaran maklumat sebenar. Bukan aku tidak suka Muzium Shah Alam mengadakan pameran sebegini. Kena caranya, pameran mengenai elemen-elemen mistik sesebuah masyarakat itu mampu membongkar perkembangan antropologi mahupun sosiologi contohnya pembongkaran misteri mumia yang dikaitkan dengan ketamadunan zaman pemerintahan Firaun. Apatah lagi, keterujaan kepada perkara-perkara sebegini memang seronok dan menyeronokkan. Takut-takut dek kerana asyik menunggu bangkai janglut mengelupur dan replika puntianak mampu mengilai, kita terlupa kebobrokan di dalam masyarakat hasil penangan hantu-hantu yang dipilih di dalam pilihanraya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home