Tuesday, August 15, 2006

Lefthander `s Day (Bukan Lefthanded)

Rupa-rupanya hari ini hari untuk orang yang menggunakan tangan kiri.

Kalau diikutkan, tidaklah seronok sangat bertangan kiri ni. Pengalaman aku semasa kecil, apabila aku terjatuhkan barang atau tertumpahkan air....aura "klutz" aku dikaitkan dengan penggunaan tangan kiri. Tangan kiriku pernah dibalut dengan serban oleh nenek asalkan aku menggunakan sudu dengan tangan kanan semasa mencedok lauk. "Lebih baik, lebih afdal..." jawabnya bila aku tanya.

Menulis, bermain batu seremban, membawa barang, bermain pianika...semua itu aku selesa dengan tangan kiri. Bercakap, berpidato, berdebat...tangan kiri aku cekap dihayun ke kiri ke kanan menegaskan hujah yang aku bawa. Terfikir aku sama ada nasib malang berkecenderungan menggunakan tangan kiri ini turut dialami oleh Da Vinci, De Niro, Matt Groening, Jimi Hendrix, Billy The Kid,Napolean Bonarpate, Ramses II dan Nelson Mandela semasa mereka kecil. tetapi apa yang nyata dan pasti, latarbelakang mereka lebih cemerlang, menarik, bersejarah dan dramatik daripada aku.

Apapun, di celah kesibukan kerja (baca: masih di pejabat sekarang), aku ingin mengucapkan Selamat Hari Tangan Kiri kepada semua yang memiliki "keistimewaan" itu.

Hendak sertai grup tangan kiri (tetapi tidak berhaluan kiri) , lawatilah laman ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home