Friday, August 04, 2006

Rancangan Hujung Minggu -Teater,filem dan lilin...

Hujung minggu sudah kembali. Yay! Minggu ini, ada beberapa aktviti menarik bakal berlangsung. Antaranya:-

"Candle Light Vigil Against Carnage in Lebanon"
4 Ogos 2006 (Jumaat). 8 malam
Dataran Merdeka, KL

Bagi memperingati mangsa serangan Israel serta rakyat Lebanon yang sedang menderita, Majlis Peguam menganjurkan malam peringatan ini serta menjemput semua rakyat Malaysia datang memberikan sokongan anda.


"In 1969" - Sebuah Teater Cinta



4 & 5 Ogos - Jam 8.30 mlm
6 Ogos - Jam 3 petang
Rooftop Theater, Kolej Universiti Sunway

Sempena memperingati mendiang Krishen Jit, Five Arts Centre kembali dengan Woksyop #3 iaitu satu persembahan teater "In 1969". Katanya sebuah teater cinta. Masuk adalah PERCUMA dan tempat adalah terhad.


MALAYSIAN SHORTS
7 Ogos 2006 / 8 malam
Auditorium Universiti HELP , Pusat Bandar Damansara KL.

12 cerita pendek akan ditayangkan.

1. LIE BENEATH by Margaret Bong (11 min, dlm Mandarin)
2. UNDER THE BRIDGE by Hardesh Singh (2 min, tiada dialog)
3. BAVAM BY ST Bala (10 min, dlm Tamil)
4. WHILE YOU WERE EATING by Chi Too (4 min, tiada dialog)
5. COME AND GO by NA Halim Hassan (8 min, dlm b.inggeris)
6. OH MY GOAT! by Shan (7 min, tiada dialog)
7. SATU MALAM ISNIN by Raja Azhar (8 min, dalam bahasa Melayu)
8. THE SLIDES SHOW by Aizyl Azlee (2 min, tiada dialog)
9. SHIIT by Sasitharan Rajoo (7 min, tiada dialog)
10. THE IDIOTS by Mohd Alfie (7 min, dalam bahasa Melayu)
11. THE PERFECT DATE by Dean C Ghazi (25 min, dalam bahasa inggeris)
12. THE WAIT by Akashdeep Singh (7 min, dalam bahasa Melayu)

Masuk adalah PERCUMA. Duduk di atas lantai dibenarkan.

Selamat menikmati cuti hujung minggu anda!

2 Comments:

Blogger Azhar Ahmad said...

Kenapa aku di JB? Waaaaaa

1:09 AM  
Blogger GEE said...

azhar,
buat apa kat JB tu? apsal aku masih tak bole tinggal komen kat blog ko? ko "block" aku ek? ;)

7:58 AM  

Post a Comment

<< Home